Ads 468x60px

Tuesday, January 8, 2013

Jom Ada Domain Hosting Sendiri..

Nak tempah domain hosting tetapi tak tau nak dapatkan di mana Ok... di sini saya kongsikannya. InsyaAllah membantu...Sebelum itu, di sini serba ringkas mengenai apakah itu domain dan apakah itu hosting.

Apa itu Domain?

Domain itu adalah alamat untuk laman web anda.. Sebagai contoh, domain bagi sesuatu web (www.namaweb.com) Pilih domain yang pendek dan mudah diingat.. Ini kerana alamat domain inilah yang akan ditaip pada browser untuk ke web anda.. Nama domain yang bertepatan dengan niche juga penting kerana akan dapat membantu menaikkan traffik anda melalui enjin carian..

Apa itu Hosting?

Hosting adalah tempat untuk simpanan segala data-data laman web anda.. Segala data seperti, gambar, content, themes, plugin dan sebagainya akan disimpan dalam hosting anda untuk dipaparkan pada web anda....

Di mana nak dapatkan domain dan hosting?

Terlalu banyak syarikat yang menawarkan khidmat urusan pembelian domain dan hosting.. Tapi mengikut pengalaman penggunaan saya, pembelian domain dan hosting dari  Internet-Webhosting bagus dari perkhidmatan yang diberikan oleh pihak mereka..

Kesimpulan Domain dan Hosting

Boleh dikatakan web/blog itu adalah rumah kita.. Domain itu adalah nama rumah manakala hosting itu tapak untuk dibina rumah kita.. Jadi, untuk membina rumah (web/blog) yang baik dan teguh perlulah cari nama rumah (domain) yang bagus dan tapak (hosting) yang kukuh..




No comments:

Post a Comment